Rabu, 25 Mei 2011

Airmata - Kalian yg saya sayang

Salam, maaf krn sy tdk menulis blog agak lama. Sebenarnya sy tdk sibuk, masa sy selalu saja ada krn masa sy, sy yg tentukan. Tp mungkin krn sejak akhir2 ini sy banyak membantu kes2 yg agak berat yg melibatkan smgt dan perasan seseorg. Jadi kdg2 sy perlu cukup bersedia dan kuat utk membantu org lain. Jadi masa sy adalah utk mengumpul kekuatan dan smgt stp hari. Bila sy rasa sy sdh cukup bsedia sy akan jumpa patient atau client sy utk sesi terapidiri. Kdg2 di Pusat Rawatan Terapi Diri(PRTD), kdg2 di mana2 shj. Setiap hari bersama mereka sy perlu sediakan tisu yg cukup.hehehe sbb blm sy buka mulut airmata mrk jatuh mcurah2. Ya Allah sdg menulis ni pun sy tbayang wajah2 indah mrk. Subhanallah kebanyakkn dr mereka sgt istimewa, mksd sy cantik, terkenal, kaya, ramai peminat dan lain2. Bukan semua begitu tp kebanyakknnya. Bila melihat mrk sy selalu terfikir knp ini berlaku, kenapa mrk perlu bersedih, perlu berduka? dan soalan itu tdk pernah ada jwpn...

Maksudnya di sini, semua org ada kisah hdp, semua org ada hati yg kdg2 terluka. Mereka manusia biasa yg kdg2 rasa 'kosong' dalam hdp mrk yg penuh warna warni. Mereka jg ada airmata utk dijatuhkan, dan sy selalu nya akan mbiarkan saja mrk manangis dan trs menangis. Biasanya sy akan senyum saja dan buat lawak sikit supaya mrk ketawa(dulu sy akan menangis sama, kdg2 sy menangis mengalahkn mrk :) tp setelah lebih 5thn sy sudah pandai mengawal emosi sy sdr) krn emosi adalah milik kita. Kita harus bijak mengawalnya. Airmata juga milik kita jadi kita perlu benar2 memaknakannya. Jgn terlalu mudah utk menangis krn akhirnya airmata itu akan jd terlalu murah. Jatuhkan airmata itu utk sesuatu yg perlu dan ini akan mgajar kalian supaya lebih tabah. Percayalah, sy dulu begitulah anak bongsu yg manja dan suka menangis tp masa membuatkan sy lebih kuat dan tabah. Kita yg menentukan hdp kita, bukan org lain. Kenapa kita terlalu menjaga hati org? sdgkn hati kita sendiri terbiar terluka? akhirnya kita menyalahkn diri org lain. Adil kah tindakan kita itu? itulah antara soalan yg sering sy tanyakan kpd mereka. Dan biasanya mereka akan tunduk membisu atau berkata "salah ke menjaga hati org lain?" sy akan trs jwb " Ya salah kalau tindakan itu akan myusahkan diri sdr dan org lain"

Sy sering berjumpa dgn ramai org yg sering menjaga hati org disekeliling mereka dgn terpaksa atau dgn kata lain dgn tdk ikhlas. Selepas itu mrk akan mengisi hari2 mrk dgn kesalan dan airmata yg tiada bkesudahan. Sedih kan? ada yg berpuluh tahun lamanya, pendam dan pendam akhirnya menjadi luka dan dendam. Dan akhirnya melukakan banyak pihak, makin lama makin teruk dan sukar utk diselamatkan lagi.

Kenapa itu terjadi?
Salah siapa?
Di mana silapnya?


Jawapannya ttp sama...kita, salah kita, silap kita sendiri. Kita adalah kalian di luar sana yg mengalami situasi ini. Kerana hdp ada pilihan dan pilihan di tangan kita, kenapa kita membiarkan org lain yg membuat pilihan kpd diri kita sendiri ? kenapa bukan kita sendiri yg memilih? kalau kita yg memilih pasti kita tdk perlu selamanya menyalahkn org lain. Jelas bukan?

Kalau sudah terjadi apa yg harus kita lakukan?

Jawapannya sgt mudah walaupun sukar untuk dilakukan. Buatlah pilihan skrg. Pilihan baru spt yg anda inginkan, pilihan mengikut pmintaan diri kalian sendiri. Jujurlah dlm memilih dan ikhlas serta adil dgn diri sdr.

Lalu kalian akan berkata: Susahlah, nanti ada yg terluka, nanti ada yg tdk blh terima, nanti akan jd lebih teruk, nanti dan nanti...masa berlalu, hari berganti, tahun  bertukar dan kalian masih begitu. Tanpa sedar kalian terus melukakan dan trs melukakan diri sendiri dan org lain.

Mulakan, kerana yg susah adalah untuk memulakannya...Percayalah semua ini tdk sukar spt yg anda gambarkan. Mulakan dgn berterus-trg dan pilihlah yg terbaik dgn diri kalian.

Itulah yg sy lalui hampir stp hari dlm hdp sy. Menyedarkan mrk supaya memulakannya dan alhamdulilah mereka mendengar nasihat sy dan melakukannya dan ternyata slps itu tiada lg airmata tp kelegaan yg sgt hebat. Bahu yg sgt ringan, dan hubungan mrk dgn sy sehingga kini sgt rapat sehinggakan ada di antara mrk menjadi sahabat dan adik yg sy sayangi. Terima kasih kerana kalian memulakannya...trm ksh, sy sgt sygkan kalian semua. Sy yakin kalian tahu diri kalian yg sy mksdkan. Bergembira dan jalani dgn indah hdp dan pilihan kalian itu dgn senyuman berkekalan. amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan