Ahad, 24 April 2011

Hidup Ada Pilihan

Hidup perlu diteruskan...namun masih kah ada Pari-Pari Kecil di luar sana? yg akan sentiasa bersama kita diwaktu susah dan senang? yg akan merindui kita bila kita merindui dia? yg akan turut menangis bila melihat kita berduka? dan paling tdk mendoakan agar kita sentiasa bahagia?

Doa dan pencarian perlu diteruskan walaupun kerap kali sakit dan terluka...hari ini sy tdk mahu menyambung ttg kisah Pari-Pari Kecil tp sy ingin berbicara ttg Hidup ada pilihan.

Hidup ini indah. Benarkah?
Kita yang menentukan samada hdp ini indah atau sebaliknya.
Dunia yg kita jalani adalah berdasarkan drpd kacamata kita yg melihat. Kacamata kita terlihat berdasarkan fikiran kita, jika kita rasa hdp ini sukar maka sukar lah ia, jika kita rasa mudah maka mudah lah ia.
Pilihan di tangan kita HIDUP = DINIKMATI ATAU HIDUP = DIRATAPI
Pilih lah dan tentukan kerana pilihan sentiasa ada di tangan kita. Bukan ditgn org lain dan Allah adalah tempat utk kita bertawakal setelah kita memilih yg terbaik.


Setelah kita memilih dgn pilihan kita sendiri maka apapun terjadi kenapa perlu ditangisi? kenapa ada org lain yg kita perlu persalahkan? knp kita perlu merungut dan mengeluh? sedangkan semua itu terjadi kerana kita yg memilih? Menyalahkan org lain adalah perkara yg paling mudah utk kita lakukan. Ingat : menyalahkan org lain adalah perkara yg paling mudah utk kita lakukan. Apa yg kita dpt setiap kali kita menyalahkn org lain? kepuasan? ya kepuasan tp sejauh mana kepuasan itu dpt mengubah keadaan? percayalah ia tdk akan mungkin mampu mengubah apapun melainkan meninggalkan kesakitan dan luka yg dalam.

Beberapa bulan yg lepas sy merawat seorang client yg mempunyai masalah rumah tangga. Sejam pertama sy hanya mendengar rungutan darinya, semua org dia salahkan sampaikan org yg sudah mati pun dia salahkan. Satu persatu dia ungkit kisah silam malah setiap baris kata yg dilafazkn oleh stp org dalam hdpnya, dia ingat satu persatu. Tapi sygnya semua yg dia ingat adalah kata-kata yg menyakitkan. Semua yg pahit, semua yg pedih. Selepas sy melihat jam di dinding menunjukkn sejam berlalu, sy kemudian bertanya pdnya "puan, dlm hdp puan selama ini tiada satu kah kenangan yg indah? tiada satu kah kebaikkan yg dibuat oleh org sekeliling puan?" sy katakan pdnya sy sgt sedih dan simpati melihat dia begitu malah sy mendengar rintihan hatinya dan paling ketara rintihan hati suami dan anak-anaknya yg sudah tdk mampu lg bersabar.

Subhanallah...akhrnya sy bersamanya dlm bilik terapi diri hampir 3jam, hanya utk mengubah dirinya dan menyedarkan dirinya bahawa sikap dia yg suka merungut, suka membebel, suka menyalahkn org lain adalah punca kenapa suaminya jarang pulang ke rumah, anak-anak bt tdk tahu dan ternyata sgt jelas masalah rumah tangganya bkn sbb org ketiga tp sbb dirinya sendiri. Dia menangis dan trs menelefon suaminya bertanya kebenaran ttg kata-kata sy dan alhamdulilah suami dia sggp dtg dan berjumpa dgn sy. Maka semuanya terbongkar dan suaminya mengiyakan semua gerak rasa sy, berlakulah satu sesi meluahkn perasan, marah dan pendam yg telah menjadi dendam yg terpendam selama lebih 20thn. Suaminya memberitahu sy, sblm isterinya berjumpa sy dia sudah berniat utk menceraikan isterinya jika tiada jln penyelesaian. Alhamdulilah setelah lebih 5jam semuanya selesai dgn baik dan utk sekian kalinya mereka memandang dgn rasa kasih syg yg selama ini sudah hilang sudah padam dibayangi amarah. Subhanallah

Sy sendiri tanpa sedar turut menitiskan airmata dan hati sy berdetik HIDUP ADA PILIHAN...


 

Rabu, 20 April 2011

PARI-PARI KECIL

Pari-pari kecil...setiap kali sy ingin menulis ttg kisah ini, airmata sy akan menitis laju, jatuh tak tertahankan. Bertahun lamanya sy cuba menulis ttg kisah ini tp tdk pernah sy mampu...hari ini, dipagi yg hening ini penuh warna kebiruan hari Rabu dan hari komunikasi. Sy gagahkn jua demi utk berkongsi cerita ini.

Saya anak bongsu, sejak kecil sy anak ksygn ibu dan ayah. Adik yg manja dgn abang dan kakak. Sejak kecil sy suka melihat kebaikkn ibu yg tiada taranya. Ibu selalu membantu org dan ibu sering menangis kerana kecewa dilukakan oleh org yg sering ibu bantu, sy selalu ingin jd spt ibu. Namun bila sy di awal sekolah menengah ibu pergi meninggalkan kami. Ibu pergi di bulan puasa dan bbrp hari sebelum hari raya. Ibu meninggalkn byk budi yg sering dikenang sehingga hari ini. Sikap ibu sy warisi, dan sy dibesarkn oleh seorg ayah yang terlalu baik dan memahami. Sy dpt segalanya, sy dibesarkan dgn kisah teladan yg penuh kebaikkan sehinggakn sy menjadi terlalu baik, sehinggakan kdg-kdg sgt baik. Ketika itu sy fikir dgn menjadi sgt baik bukanlah satu kesalahan. Tapi tanpa sy sedar setiap hari sy akan pulang ke rumah dan menangis di atas riba ayah, menangis dan mengeluh ttg kebaikan sy yg sering tdk dihargai, sering dipergunakan, sering dikecewakan. Dan ayah seperti kebiasaan membelai rambut sy dan bercerita ttg kisah nabi-nabi utk sy ambil sebagai teladan, sy sering katakan pd ayah "Adik ingin jadi pari-pari yg selalu akan membuatkan semua orang gembira" dan ayah selalu katakan sy tdk akan mampu membahagiakn semua org dan pastinya sy tdk akan mampu mengubah semua org sptmana yg sy inginkn.

Tapi sy anak bongsu yg tdk pernah mengaku kalah, sy trs membuat kebaikkn dan tanpa sy sedar kebaikkn sy tidak kena pada tempatnya. Sy memaknakn org yg silap, sy memberi bantuan kpd org yg tdk layak dan kdg-kdg sy melebihkan org lain melebihi diri sy sendiri. Ketika itu sy adalah anak bongsu yg memberi dan selalu berharap sesuatu kebaikkan drpd org lain juga. Akhirnya sy mulai sedar kata-kata ayah banyak benarnya. Kata ayah "Jika kita memberi dan kemudiannya berharap, kita pasti akan kecewa, kita akan kecewa bila kita tdk mendapat apa yg kita harapkan. Tapi sekiranya kita memberi tanpa berharap, kita pasti akan bahagia. Kerana memberi dengan penuh keikhlasan adalah satu kemenangan yg abadi", slps hari itu sy mula sedar ttg erti memberi dgn hati adalah keikhlasan.

Sy belajar dan trs belajar erti IKHLAS, tp sy sering kecewa dlm perjalanan yg sy tempuh krn dunia ini sukar sekali sy mencari erti keikhlasan, sukar sekali dan sy selalu kecewa dan hari-hari yg saya lalui penuh airmata. Namun smgt sy masih kuat kerana ayah adalah pari-pari untuk sy ketika itu. Seringkali bila sy sedih, kecewa, berduka dan dilukakan, ayah adalah pari-pari tempat sy meluahkan segalanya...di kampung, ayah adalah seorang iman yg sering dirujuk, sering dikenang hati budinya. Sy sering ingin menjadi seperti ayah yang begitu baik hati, seorang ayah yg baik dan seorg suami yg setia yg tdk bkongsi kasih selepas pemergian ibu, ayah tdk menerima cinta lain krn cintanya bt ibu terlalu utuh. Sy sering katakan pd ayah "mampukah adik mendapat seorang lelaki sebaik ayah?" dan ayah hanya tersenyum...namun sy kehilangan ayah di saat sy masih memerlukannya dan di saat sy belum bertemu dgn pari-pari lain utk mengisi hari-hari sy...Tuhan, terlalu besar kehilangan ini...di saat diri ini msh ingin mengenali HATI...



InsyaAllah sy akan meneruskan kisah ini di pertemuan yg berikutnya...

DUNIA TERAPI DIRIKU

Alhamdulilah, akhirnya hari ini buat pertama kalinya sy menulis blog peribadi sy sendiri. Ini adalah hadiah buat keluarga, sahabat, pendengar ceramah motivasi sy, patient, client dan semua org yg sy sayangi dan menyayangi sy. Setiap hari mereka suka mendengar pengalaman sy yg sering merawat patient ddan client di Pusat Rawatan Terapi Diri(PRTD), setiap hari PRTD penuh kisah suka duka, setiap patient dan client yg dtg penuh cerita dan airmata. PRTD menyaksikan semua luahan, keluhan, kesakitan yg tdk mampu diluahkan dgr kata-kata, tak terungkap hanya dengan mata yg melihat, tak ternilai dengan bahu yg terbeban. Adakalanya kami sendiri menangis melebihi mereka, tapi ternyata Allah Maha berkuasa dan keajaiban sering berlaku tanpa kita duga. Subhanallah, nikmat selepas terapi diri, diagnosis dan mandi ais adalah sesuatu yang sukar untuk digambarkan. Hanya mereka yang pernah merasainya sahaja mampu mengulasnya dengan lebih indah dan bersyukur padaNya. Kita hanya mampu berusaha dan Dia yg memberi segala-galanya...

nantikan kisah PARI-PARI KECIL (nukilan buat semua org yg menyerikan hidup sy ketika ini)