Ahad, 24 April 2011

Hidup Ada Pilihan

Hidup perlu diteruskan...namun masih kah ada Pari-Pari Kecil di luar sana? yg akan sentiasa bersama kita diwaktu susah dan senang? yg akan merindui kita bila kita merindui dia? yg akan turut menangis bila melihat kita berduka? dan paling tdk mendoakan agar kita sentiasa bahagia?

Doa dan pencarian perlu diteruskan walaupun kerap kali sakit dan terluka...hari ini sy tdk mahu menyambung ttg kisah Pari-Pari Kecil tp sy ingin berbicara ttg Hidup ada pilihan.

Hidup ini indah. Benarkah?
Kita yang menentukan samada hdp ini indah atau sebaliknya.
Dunia yg kita jalani adalah berdasarkan drpd kacamata kita yg melihat. Kacamata kita terlihat berdasarkan fikiran kita, jika kita rasa hdp ini sukar maka sukar lah ia, jika kita rasa mudah maka mudah lah ia.
Pilihan di tangan kita HIDUP = DINIKMATI ATAU HIDUP = DIRATAPI
Pilih lah dan tentukan kerana pilihan sentiasa ada di tangan kita. Bukan ditgn org lain dan Allah adalah tempat utk kita bertawakal setelah kita memilih yg terbaik.


Setelah kita memilih dgn pilihan kita sendiri maka apapun terjadi kenapa perlu ditangisi? kenapa ada org lain yg kita perlu persalahkan? knp kita perlu merungut dan mengeluh? sedangkan semua itu terjadi kerana kita yg memilih? Menyalahkan org lain adalah perkara yg paling mudah utk kita lakukan. Ingat : menyalahkan org lain adalah perkara yg paling mudah utk kita lakukan. Apa yg kita dpt setiap kali kita menyalahkn org lain? kepuasan? ya kepuasan tp sejauh mana kepuasan itu dpt mengubah keadaan? percayalah ia tdk akan mungkin mampu mengubah apapun melainkan meninggalkan kesakitan dan luka yg dalam.

Beberapa bulan yg lepas sy merawat seorang client yg mempunyai masalah rumah tangga. Sejam pertama sy hanya mendengar rungutan darinya, semua org dia salahkan sampaikan org yg sudah mati pun dia salahkan. Satu persatu dia ungkit kisah silam malah setiap baris kata yg dilafazkn oleh stp org dalam hdpnya, dia ingat satu persatu. Tapi sygnya semua yg dia ingat adalah kata-kata yg menyakitkan. Semua yg pahit, semua yg pedih. Selepas sy melihat jam di dinding menunjukkn sejam berlalu, sy kemudian bertanya pdnya "puan, dlm hdp puan selama ini tiada satu kah kenangan yg indah? tiada satu kah kebaikkan yg dibuat oleh org sekeliling puan?" sy katakan pdnya sy sgt sedih dan simpati melihat dia begitu malah sy mendengar rintihan hatinya dan paling ketara rintihan hati suami dan anak-anaknya yg sudah tdk mampu lg bersabar.

Subhanallah...akhrnya sy bersamanya dlm bilik terapi diri hampir 3jam, hanya utk mengubah dirinya dan menyedarkan dirinya bahawa sikap dia yg suka merungut, suka membebel, suka menyalahkn org lain adalah punca kenapa suaminya jarang pulang ke rumah, anak-anak bt tdk tahu dan ternyata sgt jelas masalah rumah tangganya bkn sbb org ketiga tp sbb dirinya sendiri. Dia menangis dan trs menelefon suaminya bertanya kebenaran ttg kata-kata sy dan alhamdulilah suami dia sggp dtg dan berjumpa dgn sy. Maka semuanya terbongkar dan suaminya mengiyakan semua gerak rasa sy, berlakulah satu sesi meluahkn perasan, marah dan pendam yg telah menjadi dendam yg terpendam selama lebih 20thn. Suaminya memberitahu sy, sblm isterinya berjumpa sy dia sudah berniat utk menceraikan isterinya jika tiada jln penyelesaian. Alhamdulilah setelah lebih 5jam semuanya selesai dgn baik dan utk sekian kalinya mereka memandang dgn rasa kasih syg yg selama ini sudah hilang sudah padam dibayangi amarah. Subhanallah

Sy sendiri tanpa sedar turut menitiskan airmata dan hati sy berdetik HIDUP ADA PILIHAN...


 

1 ulasan:

  1. yeah..best kakak ijau ~ teruskan..
    sy suke yg nih "HIDUP = DINIKMATI ATAU HIDUP = DIRATAPI "

    BalasPadam