Sabtu, 28 Mei 2011

LUAHKAN RASA HATIMU KETIKA KAU MASIH MAMPU

Teringat kata-kata abang "adik, kalau adik sygkan seseorang, katakan saja kerana akan sampai satu ketika adik tidak mempunyai sedikit masa pun untuk mengatakannya"

Jawab dgn jujur 
"berapa kali dlm stp hari anda meluahkan perkataan sayang?"
"berapa kali anda mengucapkan terima kasih?"
"Berapa kali pula anda memberitahu org2 sekeliling anda yg mrk sgt ptg dlm hdp anda?"
Jgn tipu ya nanti berdosa. Jawab dlm hati jgn bg sesiapa dgr :)

Sepanjang tahun sehingga ke hari ini hampir setiap hari patient dan client yg sy temui mempunyai masalah yg sama. Kurang kasih syg..dan 70% drpd mereka tdk sedar knp mereka kurang kasih syg. Kenapa ya? pernah tak anda bfikir yg anda kurang kasih syg? 

Nak tahu jwpnnya? kerana anda kurang memberi kasih syg...kalau anda rasa jwpn sy salah, cuba renungkan balik betul ke anda pemberi yg ikhlas? atau memberi dan berharap? tepuk dada tanya hati, Banyak masalah rumahtangga yg bertamu di Pusat Rawatan Terapi Diri(PRTD), semuanya masih berkisar ttg kasih syg dan rata2 ttg keluhan seorg isteri yg bersedih krn kasih syg yg mrk dpt drpd suami tdk semewah kasih syg semasa bercinta dulu. Kenapa ini terjadi? Hanya kerana anda telah memiliki sebuah hati maka anda rasa kasih syg itu tdk diperlukan lagi? bukan kah ini sgt mengecewakan utk sebuah perkahwinan yg harus dibina atas dasar kasih syg?

Setiap hari bangun pagi buka fb dan membaca status org lain, memberi pendapat dan pandangan pd mereka yg jauh dari anda sdgkn insan tersayang di sebelah anda menunggu utk di tanya khabar? kenapa ini terjadi? Semua ini kerana kita sering menganggap perkara ini remeh, inilah kekurangan kita. Kita sering memandang yg jauh2 shj shingga tdk sedar yg dekat terluka dan bjauh hati, Susah sgt kah utk mengatakan "sy syg awk", "awk sgt ptg dlm hdp sy", "awk adalah antara anugerah terindah yg Allah berikan utk sy", "terima kasih krn menjadi org2 ptg dlm hdp sy"

Susah sgt ke untuk meluahkan semua ini?

Kalau jwpnnya tdk biasa jd biasakanlah, kalau jwpnnya malu itu maknanya anda ikhlas menyayanginya, kalau jwpnnya mulut terkunci rapat maka tulis shj, kertas, sms, email, bbm atau apa shj. Kalau tak boleh juga mgkn boleh tulis smbl tutup muka. Tapi persoalannya benarkah krn sbb2 di atas? Atau krn anda sbnnya ego? Jwp dlm hati ya sbb malu kalau ada yg dgr jwpn anda itu…Percayalah sgt indah bila anda belajar meluahkannya, sgt tenang dan anda akan rasa bahagia. Rasa dunia ini sgt indah, bercahaya. Cubalah dan itulah yg sy lakukan stp hari(kalau tak percaya tanya kwn2 yg rapat dgn sy) sbb itu sy jarang sakit, sbb itu sy jarang ada masalah krn kasih syg yg sy berikan membuahkan kata2 yg indah drpd sekeliling sy dan kata2 yg indah itu membuahkan doa yg tiada penghujungnya. 

Kadang2 bila sy rasa sedih atau tdk sihat sy akan trs bgth sy sygkan seseorg dan ajaibnya bebanan mslh itu hilang. Cubalah kalau tdk percaya. Cubalah dan rasa lah nikmatnya. Sangat indah, berjanjilah mulai saat ini anda ingin menjadi pemberi kasih syg tanpa berharap…ingat pemberi bukan penerima krn pasti pemberi yg ikhlas akan menjadi penerima yg sgt indah. Selamat bercuba dan catitlah stp pemberian itu di hati anda dan bersyukurlah atas apa yg bakal anda terima slps itu…smp jumpa lagi, sy syg anda semua. 

P/S : trm ksh bt azlia, allia, rina, ija, ct, bieb, hajar, kasma, eyda, nadia, kak anizon, zaza, dyan, aniey dan semua yg hmpr stp hari meluahkan kata2 indah dlm hdp sy. trm ksh utk segalanya.
.

1 ulasan:

  1. Setuju kak Zie :D Kebetulan apa yg kak Zie tulis ni berkaitan dgn insiden yang berlaku ke atas diri saya baru2 ni. I did wht you suggest... luahkan perasaan sayang. Though tiada jawapan, saya beroleh satu kelegaan yang amat. I've done my part, itu plg penting, kan?

    BalasPadam