Rabu, 15 Jun 2011

DUNIAKU DIPENUHI MERAH JAMBU...



Sebenarnya sudah lama sy ingin menulis cerita ini tapi stp kali ingin menulis tentang ini sy akan tergelak dan tersenyum seorang diri, lepas tu saya tak jadi menulis dan terus tidur.

Duniaku dipenuhi merah jambu... erm mesti kalian semua yg tak tahu tentang cvt atau tidak pernah diagnos warna diri, pasti kalian rasa tajuk itu bermaksud hidup saya ini dikelilingi warna merah jambu spt pakaian, barang2 dan segalanya. Sebenarnya salah tu, maksud saya ‘merah jambu’ itu adalah warna diri kebanyakan orang dalam hidup saya, hampir 70% orang sekeliling sy warna merah jambu atau kami selalu sebut PINK, tak kira lah pink hijau ke, pink biru or pink putih. Yang pasti warna luaran mereka adalah pink.

PINK? Apa keistimewaannya insan berwarna pink? Bg sy mereka ini sgt unik. Dan kunci kata untuk mereka adalah ‘sabar’... hehe jngn mare ye org2 pink diluar sana. Moga2 tulisan sy ini memberi sedikit panduan kpd semua org yg mempunyai keluarga, shbt, rakan kerja,rakan serumah, pasangan dan yg paling mencabar utk org yg kalian syg dan cintai...mempunyai warna diri pink.

Pink- lelaki atau wanita- memang mempunyai aura tersendiri,  jelas dgn dirinya sendiri penuh daya tarikan terutamanya yg mempunyai gabungan warna pink dan biru. Ramai sangat orang suka. So, pasangan kena jaga baik2 ya. Nanti hilang...susah nk dpt balik. Ada beberapa artis lelaki yg punya warna ini, memang ramai sgt peminat dan mmg mereka ini sgt2 lah photogenic. Sama juga kalau artis wanita ataupun org biasa mesti tersangatlah photogenic. Jgn perasan ya pd sesiapa yg berwarna pink biru, sy tau kalian tengah kembang hidung membaca kenyataan ini.

Hehe... berbalik kepada diri sy yg dikelilingi oleh org2 pink, erm, kawan2, shbt, adik angkat, kakak angkat, abg angkat, staff. Cuma ehem ehem je belum pasti. So bygkan sy hijau tp dipenuhi pink. Nasib baik lah 20% atau warna dalaman diri saya adalah pink...jd tidak lah sy terkejut sgt. Peragai sy sgt kontra dgn mereka. Jadi kalau tidak faham mmglah akan selalu ada masalah terutamanya dari segi komunikasi tp anehnya pasangan yg sering sy diagnos utk pink adalah hijau. Sgt berbeza tp ternyata perbezaaan itu sgt hormoni dan indah bila benar2 difahami. Sebab itu setiap kali sesi terapi diri bersama pasangan pink dan hijau sy sering ingatkan mereka “perbezaan bukan utk diukur dgn kesilapan tp utk dinilai dgn keikhlasan”.

Kenapa ya kunci warna diri pink adalah ‘sabar’? Kerana mereka sgt beremosi-sensitif. Cepat sungguh tersentuh, merajuk, sgt2 moody... dan paling susah utk dijangka kerana mereka boleh jadi pendiam/pendam ataupun tiba2 meletup spt gunung berapi? So... bg sy mereka sgt unik dan mencabar untuk dijangka...hehe tp sekiranya kalian tahu bagaimana cara utk menjaga mereka, semuanya akan jd sgt mudah. Pertama, jaga emosi mereka. Mereka ada dua sifat yg sgt berbeza, sensitive atau tak sensitive langsung tp kebanyakkannya mmg lah sensitive.  Kalau nak tegur tak boleh secara terang2, tak boleh marah2, kena ckp elok2 kena lembut. Kalau tdk airmata akan jatuh macam hujan, itu perempuan la, kalau lelaki ? anda tahu diri anda kan? Hehe. Mereka ini diam tak semestinya setuju, jwpn ya tak semestinya di hati pun ya. Susah kan? Tp itulah yg saya tempuh setiap hari sbb staff saya dan juga rakan2 kongsi bisnes saya adalah Pink! Dan penawar pada mereka adalah tidur, kalau xcukup tidur mcm2 boleh jd. So kepada pasangan diluar sana, pastikan pink cukup tidur ya barulah boleh diajak berbincang ttg masalah. Senangkan bila kita faham?

Tapi bagusnya warna Pink ini sgt lah byk idea, kreatif, unik dan bergaya orgnya. Pakai apa pun Nampak cantik dan semua org suka memandang cara mereka berpakaian dan bergaya. Kalau diajak berbincang dan berkerja secara kumpulan PINK sgtlah sesuai. Mereka kadang2 boleh jadi pendengar yg baik dan sgt menyokong perjuangan org lain.  Bila menyayangi seseorang dan menghormati seseorang mereka akan sgt setia. Sangat bertolak ansur tp kuat cemburu dan risau kehilangan.

Tapi Pink kdg2 suka mengulangi kesilapan yg sama, mudah lupa dan kena selalu diingatkan. Pink sgt bergantung pd org yg dia rasa sgt yakin. Sebab itu, masalah adalah latihan yg terbaik utk Pink belajar dan menjadi bertambah matang. Terapi yg paling sesuai utk PINK adalah visual, melihat sesuatu yg mereka minat, pegang dan rasa sesuatu yang mereka suka, bersedirian, tidur yg cukup, bersendirian, bersantai, kebebasan. Itu terapi yang terbaik utk mereka. Bila ada masalah, jangan dipaksa atau diajak berbahas itu bukan diri mereka, biarkan mereka bersendirian dahulu, bila keadaan sudah tenang baru boleh ditegur atau diajak berbincang.

Apapun sehingga hari ini, saya rasa saya lebih memahami PINK, saya bahagia dan berbangga dgn mereka. Alhamdulilah diagnosis warna diri sgt2 membantu dlm kehidupan seharian. InsyaALLAH dalam tulisan2 akan dtg saya akan berkongsi warna diri yg lain pula. Sampai jumpa lg, buat semua org PINK dlm hdp saya, saya sgt sygkan kalian tp selalu ingat pesan2 saya ya...sampai jumpa lagi.
           
p/s : semua yg mempunyai warna luaran PINK mesti komen di sini ya.

9 ulasan:

  1. Saya setuju 101%! banyak lagi orang pink kene perbaiki ni. nak kena orang pink ni. Hep! :p

    BalasPadam
  2. hehe..bab pelupa+ unpreditable mood tu betul..
    tapi hampir semua betullah kak:)

    p/s:sy lagi takut kalau k.zie senyap..itu tandanya mood kurang baik..;)

    BalasPadam
  3. ya betul tu terutamanya kena sedar yg warna lain pun kadang2 merajuk dan nk dipujuk juga. kesian warna lain selalu diabaikan :(

    BalasPadam
  4. sara : yang p/s kat bawah tu sgt menarik la. hehe, org hijau kalau senyap tu mmg maksudnya sgt kecik ati. sbb hijau suka tunjuk tp bila diam dan xtunjuk mesti ada yg xkena

    BalasPadam
  5. itula k.zie...rasanya saya agak jer yg itu.betul ek?hehe..:)

    BalasPadam
  6. suke tis statement

    'Tapi Pink kdg2 suka mengulangi kesilapan yg sama, mudah lupa dan kena selalu diingatkan. Pink sgt bergantung pd org yg dia rasa sgt yakin.'

    oleh itu trus2 lah tegur saya kerna saya mudah alpa n mungkin juga faktor usia..

    kerna mereka2 yg sudi menegur saya itu lah kawan yg sejati..

    BalasPadam
  7. saya pink dan saya amat sayang diri saya dan kawan2 sekeliling saya :)

    BalasPadam
  8. suke org pink..suke org hijau..suke org biru..suke smuaaa hehehe:)

    BalasPadam
  9. sangat menarik artikel nie..k.zie... emmm tetiba rasa diri nie warna pink walaupun belum di diagnos lagi coz k.zie pernah cakap ngan anie... yg anie nie kena ditegur secara lembut n hati mudah tersentuh..... insyaallah esok terungkai ler warna diri anie....

    BalasPadam