Rabu, 20 April 2011

PARI-PARI KECIL

Pari-pari kecil...setiap kali sy ingin menulis ttg kisah ini, airmata sy akan menitis laju, jatuh tak tertahankan. Bertahun lamanya sy cuba menulis ttg kisah ini tp tdk pernah sy mampu...hari ini, dipagi yg hening ini penuh warna kebiruan hari Rabu dan hari komunikasi. Sy gagahkn jua demi utk berkongsi cerita ini.

Saya anak bongsu, sejak kecil sy anak ksygn ibu dan ayah. Adik yg manja dgn abang dan kakak. Sejak kecil sy suka melihat kebaikkn ibu yg tiada taranya. Ibu selalu membantu org dan ibu sering menangis kerana kecewa dilukakan oleh org yg sering ibu bantu, sy selalu ingin jd spt ibu. Namun bila sy di awal sekolah menengah ibu pergi meninggalkan kami. Ibu pergi di bulan puasa dan bbrp hari sebelum hari raya. Ibu meninggalkn byk budi yg sering dikenang sehingga hari ini. Sikap ibu sy warisi, dan sy dibesarkn oleh seorg ayah yang terlalu baik dan memahami. Sy dpt segalanya, sy dibesarkan dgn kisah teladan yg penuh kebaikkan sehinggakn sy menjadi terlalu baik, sehinggakan kdg-kdg sgt baik. Ketika itu sy fikir dgn menjadi sgt baik bukanlah satu kesalahan. Tapi tanpa sy sedar setiap hari sy akan pulang ke rumah dan menangis di atas riba ayah, menangis dan mengeluh ttg kebaikan sy yg sering tdk dihargai, sering dipergunakan, sering dikecewakan. Dan ayah seperti kebiasaan membelai rambut sy dan bercerita ttg kisah nabi-nabi utk sy ambil sebagai teladan, sy sering katakan pd ayah "Adik ingin jadi pari-pari yg selalu akan membuatkan semua orang gembira" dan ayah selalu katakan sy tdk akan mampu membahagiakn semua org dan pastinya sy tdk akan mampu mengubah semua org sptmana yg sy inginkn.

Tapi sy anak bongsu yg tdk pernah mengaku kalah, sy trs membuat kebaikkn dan tanpa sy sedar kebaikkn sy tidak kena pada tempatnya. Sy memaknakn org yg silap, sy memberi bantuan kpd org yg tdk layak dan kdg-kdg sy melebihkan org lain melebihi diri sy sendiri. Ketika itu sy adalah anak bongsu yg memberi dan selalu berharap sesuatu kebaikkan drpd org lain juga. Akhirnya sy mulai sedar kata-kata ayah banyak benarnya. Kata ayah "Jika kita memberi dan kemudiannya berharap, kita pasti akan kecewa, kita akan kecewa bila kita tdk mendapat apa yg kita harapkan. Tapi sekiranya kita memberi tanpa berharap, kita pasti akan bahagia. Kerana memberi dengan penuh keikhlasan adalah satu kemenangan yg abadi", slps hari itu sy mula sedar ttg erti memberi dgn hati adalah keikhlasan.

Sy belajar dan trs belajar erti IKHLAS, tp sy sering kecewa dlm perjalanan yg sy tempuh krn dunia ini sukar sekali sy mencari erti keikhlasan, sukar sekali dan sy selalu kecewa dan hari-hari yg saya lalui penuh airmata. Namun smgt sy masih kuat kerana ayah adalah pari-pari untuk sy ketika itu. Seringkali bila sy sedih, kecewa, berduka dan dilukakan, ayah adalah pari-pari tempat sy meluahkan segalanya...di kampung, ayah adalah seorang iman yg sering dirujuk, sering dikenang hati budinya. Sy sering ingin menjadi seperti ayah yang begitu baik hati, seorang ayah yg baik dan seorg suami yg setia yg tdk bkongsi kasih selepas pemergian ibu, ayah tdk menerima cinta lain krn cintanya bt ibu terlalu utuh. Sy sering katakan pd ayah "mampukah adik mendapat seorang lelaki sebaik ayah?" dan ayah hanya tersenyum...namun sy kehilangan ayah di saat sy masih memerlukannya dan di saat sy belum bertemu dgn pari-pari lain utk mengisi hari-hari sy...Tuhan, terlalu besar kehilangan ini...di saat diri ini msh ingin mengenali HATI...



InsyaAllah sy akan meneruskan kisah ini di pertemuan yg berikutnya...

3 ulasan:

  1. HATI....sesuatu yang sukar digambar atau di selami. Abstrak lebih tepat tetapi pesona yang ada pada HATI amat besar nilainya. HATI bisa terima semua rasa itu..marah, sedih, gembira, sakit hati, terluka, ketawa malah berjuta lagi rasa...tetapi HATI yang bisa menerima semua rasa ini tanpa mempersoal atau mengharapkan balasan merupakan HATI yang sangat indah nilainya....mampukah HATI yang ikhlas dan penuh dengan keindahan itu memberi secebis ruang buat HATI lain berkongsi semua rasa yang ada pada HATI yang indah itu? memberi tanpa mengharap... berharap tanpa mengharap... HATI yang indah itu hanya mampu berkongsi semua rasa itu andai ada HATI yang satu itu datang dengan ikhlas..dan HATI itu juga sangat mahal semahal HATI yang indah itu...

    BalasPadam
  2. tafsiran membuat kebaikan adalah dari hati..
    hati yg menentukan keikhlasan atau pengharapan terhadap sesuatu..

    kebaikan yg sempurna diiringi keikhlasan hati.
    yang amat sukar dilakukan oleh setiap manusia..

    love,
    sarahata

    BalasPadam
  3. sedih bila awk bercerita ttg arwah ayah..teringat akan kata-katanya tentang kita...kehilangannya amat dirasi..

    BalasPadam