Khamis, 30 Jun 2011

Kau Berhak Untuk Memilih

Puisi ini saya tulis khas pagi semalam buat adik-adik yg saya sayangi yang sering keliru dan takut dalam membuat pilihan. Yang terlalu menjaga hati org lain dlm membuat keputusan sehinggakan pilihan yg dibuat melukakan hati sendiri. Ingatlah kita berhak membuat pilihan dan pilihan adalah ditangan kita sendiri bukan di tangan orang lain. Pilhlah dan tawakal, InsyaAllah pilihan yg terbaik akan menjadi titik yg terbaik dlm perjalanan yg masih jauh ini.

Adik
Kita tidak dpt melihat bintang yg terselindung di balik awan
Tp kita mampu mencari kerdipan sinarnya
Kita tdk mampu memeluk bulan
Tp kita mampu merasa indah cahayanya
Begitu juga dgn kehidupan
Kita berhak utk memilih bahagia
Kita berhak utk memilih cinta
Kita berhak utk memilih rasa
Kita yg mencorak mimpi kita sendiri
Bukan org lain
Mereka adalah sebahagian drpd mimpi yg telah kita ilhamkan
Mimpi yg kita telah kita nyatakan

Adik
Pilihlah
Kerana pilihan di tanganmu
Jangan pernah takut utk membuat pilihan
Kerana ku tahu kau mampu
Dan kerana aku akan sentiasa di sisimu
Walau perit yg kau rasa kan
Walau indah menantimu
Aku akan sentiasa ada melihat mu
Bersama semangat dan harapan
Bersama kasih syg dan keikhlasan

Krn aku ingin menjadi pari-pari yg sentiasa melindungimu
dalam lewat hari-hari mu
Moga kau sentiasa tabah
Menempuh perjalanan hidupmu adikku
InsyaAllah sinar pasti mengiringimu sentiasa dan utk selamanya

Nooraizan(zie)
Sri Rampai
3.33pagi

3 ulasan:

  1. tersentuh hati ini bila baca kata2 puitis akak... dengan adanya kata2 indah nie... akan ku guna tuk kekuatan diri di masa akan datang...insyaallah....

    BalasPadam
  2. terima kasih, kita kenal ke?

    BalasPadam
  3. Kadang-kadang hujan turun tanpa henti,
    Kita muram tak terkata,
    Namun sebenarnya mengharap kesabaran kita
    Untuk pelangi indah menjelma.

    BalasPadam