Sabtu, 2 Julai 2011

Ya Allah...diriku belum cukup REDHA

Pertengahan bulan lepas saya bercuti, tenangkan hati. Meninggalkan semua urusan dengan tiba-tiba. Fikir saya itu yang terbaik, saya diuji. Ada beberapa perkara yang berlaku di luar kawalan saya. Di luar perancangan saya dan itu jarang berlaku dan itu punca utama saya kesal. Kesal dan sedih untuk orang lain. Itulah sikap saya yang mungkin juga sikap sebilangan besar orang yang mempunyai warna diri luaran Hijau. Terlalu pentingkan orang lain, terlalu berusaha memuaskan hati semua pihak dan dgn lebih tepat lagi terlalu memikirkan ttg org lain melebihi diri sendiri. Sikap spt ini sgt bagus sebenarnya, sangat murni tp kadang2 sgt menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

Tapi mungkin sebab sikap ini juga menyebabkan sy boleh menjadi apa yg saya jadi sekarang. Merawat orang...sebab kalau nak merawat org kita kena selalu ada perasaan ingin menolong orang lain. Tapi kdg2 sikap spt ini benar spt yg dikata, turut menyusahkan org lain. maksudnya org sekeliling sy akan jadi susah hati dan terganggu dek kerana sikap sy yg selalu bersedih dan mengingati perkara yg telah terjadi.

Sepanjang sy bercuti, subhanallah ramai yg mencari sy, baru bbrp hari sy pergi sudah spt berbulan lamanya, kdg2 menangis sendiri membaca sms, mesej, bbm dan lain2 yang dihantar kpd sy. Terharu sebenarnya tp hati masih sedih mengenangkan apa yg telah terjadi. Sy termenung dan menilai semula diri sy, mencari di mana silapnya. Ya Allah Maha suci Allah, entah kenapa secara tiba2 jawapan itu datang tiba2 seperti ada satu suara lembut berbisik. Subhanallah...sy jadi malu sendiri. Malu sekali dgn Allah, dan sesungguhnya malu yg teramat besar dgn diri sendiri.

Jawapannya sgt mudah...sy sebenarnya belum cukup redha. Sukar utk menerima kenyataan sy belum cukup redha sedangkan perkataan redha ini adalah perkataan yg sering sy ungkapkan hampir setiap hari dalam ceramah sy dan setiap kali sy menemui pesakit sy.

Benarlah Allah menguji dgn apa yg kita ungkapkan...sy diuji dengan apa yg sy ungkapkan kerana Allah sygkn sy dan ingin melihat sejauhmana sy mengotakan kata2 yg telah sy lafazkan. Jika benar sy cukup redha pasti sy tdk akan jd begini, pasti sy dpt menempuh semua ini dgn baik pasti sy akan menerima apa yg berlaku dgn rela hati. Dan pastinya sy tdk akan mengeluh sama sekali. Inilah ujian dan inilah yg perlu sy terima sbg pengajaran dan mengubah diri sy demi kebaikkan. Ya, sy harus tingkatkan tahap redha di dalam diri sy.

Ini kisah sy...anda bagaimana? apa yg Allah uji kepada anda? sejauhmana redha dlm diri anda? cukup kuatkah? atau redha itu langsung tiada. cerminlah diri anda hari ini dan ukurlah redha anda itu dgn apa yg telah anda lakukan spjg hdp anda. Semoga kita sentiasa berusaha dan belajar menghayati erti REDHA. amin



terima kasih buat Azlia, Rina, Xora, Heliza dan Eyda yang menemani sy dari kejauhan sepanjang tempoh pencarian jawapan ini. Sy sgt menghargai kalian.

HARUS BAGAIMANA LAGI

Saat ini airmata sudah tidak mampu ku bendung lagi
Luka ini tidak mampu ku rawat lagi
Makin dalam makin sakit
Makin kutelusuri makin keliru

Harus bagaimana lagi
Perlu ku lakukan sedang hati masih belas untuk merelakan
Pemergian satu pertemuan yang kurasakan masih boleh diselamatkan
Tapi siapalah aku untuk mengubah sebuah pendirian yang utuh dengan ego
Yang kebal dengan prasangka
Dan rasa yang telah dipendam menjadi sebuah dendam

Bagaimana harus memaknakan lagi sebuah ukhwah
Yang penuh curiga
Irihati dan riak yang makin hari membunuh keikhlasan diri
Semakin hari semakin parah
Makin jelas hingga tidak mampu dilindungi lagi

Tuhan
Beri hambamu ini petunjuk
Ku mohon kekuatan untuk melepaskan bahu yang sarat beban
Yang semakin goyah tak mampu pertahankan
Biarlah segalanya pergi membawa segala luka
Dan biarlah yang tertinggal hanya permata
Untuk terus ku perjuangkan merawat dengan penuh ikhlas
Penuh redha hanya keranamu, hanya keranamu Tuhan...

Nooraizan zie
1 Julai 2011
12.55 am
Sri Rampai, KL

Apalah ertinya sebuah ukhwah tanpa kejujuran dan keikhlasan, harus bagaimana lagi? perlukah kita pertahankan? atau membiarkan mereka pergi andai itu yang terbaik? sesungguhnya hanya Tuhan saja yg Maha mengetahui...aku Redha Ya Allah dan menyerahkan segalanya kepadamu.